Masa Itu Emas

SLOGAN

BESTARIKAN DIRI MELALUI ICT







Friday, February 5, 2010

PERATURAN PENGGUNAAN PUAS

Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan-peraturan yang disenaraikan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
1. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru.
2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
3. Sila tanggalkan kasut anda dan susun di sudut/ rak yang disediakan.
4. Jangan membuat bising semasa berada di dalam Pusat Akses.
5. Guru mestilah berada bersama pelajar sepanjang waktu penggunaan pelajar.
6. Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.
7. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.
8. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
9. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses.
10. Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
11. Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
12. Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
13. Dilarang memuaturun “games”, lagu atau bahan yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
14. Dilarang merokok di dalam Pusat Akses.
15. Sila atur semula peralatan dan kerusi selepas penggunaan.
16. Pastikan suis lampu, kipas dan penghawa dingin ditutup sebelum meninggalkan Pusat Akses.
17. Pastikan suis alat pencetak dan “hub” ditutup sebelum Pusat Akses dikunci.

No comments:

Post a Comment