Masa Itu Emas

SLOGAN

BESTARIKAN DIRI MELALUI ICT







Wednesday, February 3, 2010

PENGENALAN

Pusat Akses Sekolah ( PUAS ) mengaplikasikan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Pusat Akses SK Jerantut Jaya mula diperkenalkan dan ditubuhkan pada bulan November 2006 dan menerima sejumlah 10 unit komputer jenama Dell dan sebuah printer jenama Samsung pada 5 Oktober 2006. Pusat Akses mula beroperasi dan boleh digunakan oleh para pelajar dan guru pada 10 Mac 2007.

Komputer ini dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet menggunakan pelayan daripada Makmal Komputer sekolah.
Pusat Akses merupakan satu alternatif lain selain dari Makmal Komputer yang sedia ada sebagai tempat pembelajaran bagi membolehkan murid mencapai dan meningkatkan kembahiran pembelajaran mereka mengikut keselesaan dan kemampuan mereka.

Di samping itu juga, pelajar boleh menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ke arah meningkatkan kemahiran mereka untuk mencari maklumat yang berguna untuk pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment