Masa Itu Emas

SLOGAN

BESTARIKAN DIRI MELALUI ICT







Friday, February 5, 2010

PANDUAN TUGAS

1. Bertanggungjawab meneliti dan melaksanakan semua pekeliling dan maklumat terkini mengenai Pusat Akses.
2. Mematuhi takwim Pusat Akses dan memastikan semua maklumat yang dikemukakan tepat dan betul.
3. Memastikan semua stok alatan dan perabot direkodkan dalam buku stok dan disimpan dengan baik.
4. Memastikan semua murid dan warga SKJJ menggunakan sumber yang ada semaksimum yang boleh.
5. Melaporkan mengenai kelebihan, kekurangan dan penyalahgunaan Pusat Akses di sekolah dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.
6. Mengawasi dan mengendalikan Pusat Akses dari sudut kebersihan, keceriaan, dan carta organisasi.
7. Mengawasi keselamatan peralatan Pusat Akses.
8. Melaporkan kepada Guru Besar sebarang masalah yang berkaitan dengan Pusat Akses untuk tindakan lanjut.
9. Bertanggungjawab meneliti dan melaksanakan semua pekeliling dan maklumat terkini mengenai Pusat Akses.
10. Mematuhi takwim Pusat Akses dan memastikan semua maklumat yang dikemukakan tepat dan betul.
11. Memastikan semua stok alatan dan perabot direkodkan dalam buku stok dan disimpan dengan baik.
12. Memastikan semua murid dan warga SKJJ menggunakan sumber yang ada semaksimum yang boleh.
13. Melaporkan mengenai kelebihan, kekurangan dan penyalahgunaan Pusat Akses di sekolah dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.
14. Mengawasi dan mengendalikan Pusat Akses dari sudut kebersihan, keceriaan, dan carta organisasi.
15. Mengawasi keselamatan peralatan Pusat Akses.
16. Melaporkan kepada Guru Besar sebarang masalah yang berkaitan dengan Pusat Akses untuk tindakan lanjut.

PERATURAN PENGGUNAAN PUAS

Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan-peraturan yang disenaraikan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.
1. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru.
2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
3. Sila tanggalkan kasut anda dan susun di sudut/ rak yang disediakan.
4. Jangan membuat bising semasa berada di dalam Pusat Akses.
5. Guru mestilah berada bersama pelajar sepanjang waktu penggunaan pelajar.
6. Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru.
7. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.
8. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
9. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses.
10. Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
11. Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
12. Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
13. Dilarang memuaturun “games”, lagu atau bahan yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
14. Dilarang merokok di dalam Pusat Akses.
15. Sila atur semula peralatan dan kerusi selepas penggunaan.
16. Pastikan suis lampu, kipas dan penghawa dingin ditutup sebelum meninggalkan Pusat Akses.
17. Pastikan suis alat pencetak dan “hub” ditutup sebelum Pusat Akses dikunci.

PIAGAM PELANGGAN

Kami dari Pusat Akses SK Jerantut Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga, fikiran dan usaha kami untuk :
· Menjamin setiap murid dan warga SK Jerantut Jaya mendapat capaian internet yang baik dan
berterusan.
· Mengurus dan mengemaskini program dari masa ke semasa.
· Menyelaraskan penggunaa komputer kepada murid pada masa yang ditetapkan.
· Sentiasa memelihara dan membaikpulih kerosakan komputer serta peralatan yang ada di
Pusat Akses.
· Menjamin penggunaan Pusat Akses secara berkesan dan terkawal..
· Memantau penggunaan Pusat Akses dari semasa ke semasa.
· Sentiasa memastikan Pusat Akses menyediakan keperluan dan perkhidmatan yang terbaik
untuk persekitaran yang kondusif.
· Mengutamakan pelangggan dalam segala hal berkenaan penggunaan Pusat Akses.
· Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor, cadangan dan teguran yang
membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan Pusat Akses Sekolah.

SASARAN

SASARAN
Pusat Akses SK Jerantut Jaya yang berkonsepkan ‘cyber cafĂ©’ ini terbuka kepada semua warga SK Jerantut Jaya dan penduduk setempat tetapi lebih mengutamakan kepada murid untuk pembelajaran.

Pusat Akses ini beroperasi pada masa seperti berikut :
Waktu Persekolahan
Isnin hingga Khamis - 8.00 pagi - 1.30 petang
Jumaat - 8.00 pagi – 12.05 tengahari

Penggunaan dikalangan warga SK Jerantut Jaya memerlukan tempahan dengan menulis nama pada buku tempahan yang telah disediakan di Pusat Akses sehari sebelum penggunaan. Penggunaan untuk pengajaran guru dan berkumpulan bagi pelajar adalah tidak digalakkan kecuali yang mendapat kebenaran dari penyelaras.

Bagi guru yang hendak mengadakan Kursus Dalam di Pusat Akses adalah dialu-alukan tetapi perlu memohon terlebih dahulu untuk penggunaan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum aktiviti tersebut dijalankan.

Thursday, February 4, 2010

RASIONAL PENUBUHAN

RASIONAL PENUBUHAN

Pusat Akses SK Jerantut Jaya ini ditubuhkan bagi memenuhi hasrat sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjurus kepada pembangunan sumber manusia, pembentukan nilai dan pembangunan pendidikan yang bermatlamatkan teknologi maklumat sebagai elemen utama.

Rasional penubuhan pusat akses ini juga adalah searas dengan Pembelajaran literasi ICT untuk semua murid. Selain itu pusat akses ini juga berperanan dan berfungsi sebagai pusat perkembangan kurikulum dan pembangunan alat bahan bantu belajar yang berkonsepkan akses kendiri penggunaan ICT untuk meningkatkan kualiti pengajaran

Wednesday, February 3, 2010

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

MATLAMAT
Matlamat Pusat Akses SK Jerantut Jaya ialah untuk :
1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.
3. Meningkatkan ‘contact hour’ murid menggunakan komputer.


OBJEKTIF
Objektif Pusat Akses SK Jerantut Jaya ialah untuk :
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat secara elektronik.
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri
dengan lebih berkesan.
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan
pembelajaran.

MISI DAN VISI

VISI
Menjadikan Pusat Akses ICT SK Jerantut Jaya sebagai salah satu pusat akses terbaik kategori sekolah bandar pada tahun 2015

MISI
1. Meningkatkan dan membina minat murid dan guru untuk mempelajari Teknologi maklumat.
2. Menjadikan kemudahan ICT sebagai salah satu keperluan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
3. Meningkatkan penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru-
guru, kakitangan dan murid-murid dalam pelbagai aplikasi dan kemudahan ICT
4. Merialisasikan pembinaan modal insan yang berkemahiran dalam teknologi
dan komunikasi maklumat.

PENGENALAN

Pusat Akses Sekolah ( PUAS ) mengaplikasikan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Pusat Akses SK Jerantut Jaya mula diperkenalkan dan ditubuhkan pada bulan November 2006 dan menerima sejumlah 10 unit komputer jenama Dell dan sebuah printer jenama Samsung pada 5 Oktober 2006. Pusat Akses mula beroperasi dan boleh digunakan oleh para pelajar dan guru pada 10 Mac 2007.

Komputer ini dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet menggunakan pelayan daripada Makmal Komputer sekolah.
Pusat Akses merupakan satu alternatif lain selain dari Makmal Komputer yang sedia ada sebagai tempat pembelajaran bagi membolehkan murid mencapai dan meningkatkan kembahiran pembelajaran mereka mengikut keselesaan dan kemampuan mereka.

Di samping itu juga, pelajar boleh menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ke arah meningkatkan kemahiran mereka untuk mencari maklumat yang berguna untuk pembelajaran mereka.